Saturday, December 4, 2010

Sekian lama menyepi


Macam mana nak cakap?
Dari mana nak mula?

KEKUATAN,KETENANGAN,KEREDHAAN sebagai seorang insan yang terlalu naif, terlalu kerdil, kadang-kala merasakan tidak layak untuk mencapainya. Namun, itu semua hanyalah perasaan yang hanya lahir dari hati sebelum berhadapan dengan realitinya, kerana kata-kata zahir batin itu seringkali tidak seiringan. setelah berhadapan dengan segala ketentuan-Nya, aku makin yakin pada diri, makin tabah, makin sedia untuk berhadapan dengan segala macam ujian yang akan mendatang. Hari-hari yang aku lalui penuh dengan penilaian dengan apa yang terjadi pada aku, setiap kali apa yang terjadi adalah dugaan pada aku, yang membuatkan aku makin matang sedikit demi sedikit. apa yang paling aku suka dan sangat bersyukur pada ALLAH aku dapat membuang satu perasaan yang sememangnya amat membunuh jiwa raga aku andainya perasaan itu aku pertahankan 'DENDAM' sesungguhnya itulah yang aku berjaya hapuskan dari dalam jiwaku. Hidup dengan perasaan dendam aku tidak mencapai ketenangan yang diimpikan. Apa yang berlaku haru ini adalah memaafkan semua orang membuat aku semakin kuat,tenang dan redha dengan semua ujian ALLAH pada aku.

No comments:

Post a Comment