Friday, December 10, 2010

GENAP LIMA TAHUN

Best...dengan adanya plan terbaru yang CELCOM buat ni iaitu YESRM2...Aku dapat hubungi semua kawan2 lama...bergayut sampai panan telinga lagi-lagi kawan2 sesama menjadi pelatih prorgam khidmat negara dulu kat Kem Tegas Mesra Selama, Perak..memang semua jurulatih kat sana tegas tapi mesra, sesuai dengan nama kem tu...GENG KEPALA SEMBILAN memang terkenal dalam kem tu..sebut jea KEPALA 9 semua orang tau..maklumla..kami ni kena bergerak dalam kumpulan, bila dah terbiasa macam tu,........................TO BE CONTINUE...nk stdy jup...esok exam...

SEGALANYA TELAH BERAKHIR


Mak...segalanya telah berakhir untuk ketika ini...berkat doa mak pada anak mak ni, anak mak dah dapat terima kenyataan dan ketentuan hidup tanpa rasa kekesalan...betul mak, samaada salah anak mak ni atau tak..ALLAH sudah atur perjalanan hidup yang terbaik..semua yang berlaku adalah ujian untuk anak mak ni..berlaku melalui perantaraan seseorang atau dari diri sendiri semuanya adalah dugaan dan ujian yang perlu anak mak tempuhi. Untuk mak tersayang, orang ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kerana nasihat dan dorongan mak, orang mampu untuk hadapi semua ini...LOV U SO MUCH...

Tuesday, December 7, 2010

TAK KUSANGKA TAK KUDUGA





Masa tengah tengot-tengot facebook...adala satu video ni, seorang budak perempuan baru umur lima tahun men
yanyikan lagu dengan diiringin oleh mainan gitar, mungkin abangnya.Best sangat lagu ni, aku cuba cari dalam youtube rupa-rupanya lagu ni memang tengah top sekarang ni...


inilah liriknya....



pit feat. Appy -
Tak Ku Sangka Tak Ku Duga


malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
tak ku sangka
tak ku duga

perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

~dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
tak ku sangka
tak ku duga

perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani mlm sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

Saturday, December 4, 2010

Sekian lama menyepi


Macam mana nak cakap?
Dari mana nak mula?

KEKUATAN,KETENANGAN,KEREDHAAN sebagai seorang insan yang terlalu naif, terlalu kerdil, kadang-kala merasakan tidak layak untuk mencapainya. Namun, itu semua hanyalah perasaan yang hanya lahir dari hati sebelum berhadapan dengan realitinya, kerana kata-kata zahir batin itu seringkali tidak seiringan. setelah berhadapan dengan segala ketentuan-Nya, aku makin yakin pada diri, makin tabah, makin sedia untuk berhadapan dengan segala macam ujian yang akan mendatang. Hari-hari yang aku lalui penuh dengan penilaian dengan apa yang terjadi pada aku, setiap kali apa yang terjadi adalah dugaan pada aku, yang membuatkan aku makin matang sedikit demi sedikit. apa yang paling aku suka dan sangat bersyukur pada ALLAH aku dapat membuang satu perasaan yang sememangnya amat membunuh jiwa raga aku andainya perasaan itu aku pertahankan 'DENDAM' sesungguhnya itulah yang aku berjaya hapuskan dari dalam jiwaku. Hidup dengan perasaan dendam aku tidak mencapai ketenangan yang diimpikan. Apa yang berlaku haru ini adalah memaafkan semua orang membuat aku semakin kuat,tenang dan redha dengan semua ujian ALLAH pada aku.